Berita Auto

Maserati Quattroporte Facelift Dilancarkan di Malaysia

Maserati Quattroporte facelift telah pun tiba di Malaysia. Diimport oleh Naza Italia, sedan berprestasi tinggi itu menampilkan gaya lebih elegan dan ditawarkan dalam tiga varian – Quattroporte, Quattroporte S dan Quattroporte GTS.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rekaan Quattroporte diberi nafas segar dengan kehadiran bampar baharu dengan kemasan hitam matt pada bahagian depan dan belakang, serta skirt sisi dan cermin sisi juga dalam warna hitam matt. Gril hadapan kini lebih tajam dengan unsur krom menegak.

04_Maserati Quattroporte GranLusso

Quattroporte didatangkan dengan Air Shutter yang terletak di antara lubang udara dan radiator enjin. Ia direka untuk mengawal suhu penyejuk enjin dan mengurangkan daya seretan sebanyak 10 peratus.

Di dalam kabin pula, sedan tersebut menampilkan papan pemuka yang direka semula untuk kelihatan lebih kemas. Bahagian bawah konsol tengah kini menempatkan tombol kawalan suara, penutup serta tempat menyimpan telefon bimbit.

10_Maserati Quattroporte GranLusso

Juga terdapat sebuah skrin sesentuh bersaiz 8.4 inci yang dilengkapi dengan teknologi ‘multi-touch’. Ia mempunyai sistem infotainmen yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Pelanggan boleh mendapatkan pakej sistem bantuan pemandu (Advanced Driver Assistance Systems) yang ditawarkan sebagai pilihan. Ia terdiri dari ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control dengan Stop&Go, Lane Departure Warning, Forward Collision Warning dengan Advanced Brake Assist, Automated Emergency Braking serta kamera.

07_Maserati Quattroporte GranLusso

Selain itu, Quattroporte juga dilengkapi dengan sensor kualiti udara (Air Quality Sensor) yang dapat menghalang udara tercemar dan gas toksik dari masuk ke kabin.

Dari segi enjin pula, model Quattroporte kini mempunyai 350 hp (20 hp lebih banyak dari sebelum) dan 500 Nm yang dihasilkan oleh enjin 3.0 liter twin-turbo V6. Ini membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 270 km/j.

05_Maserati Quattroporte GranLusso

Quattroporte S juga didatangkan dengan enjin yang sama namun kuasa yang dihasilkan adalah lebih tinggi iaitu 410 hp dan 550 Nm. Ia mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 5.1 saat dan mampu bergerak sepantas 286 km/j.

Berbekalkan 530 hp dan 710 Nm dari enjin Ferrari 3.8 liter twin-turbo V6, varian tertinggi iaitu Quattroporte GTS pula hanya memerlukan 4.7 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan mampu mencapai kelajuan sehingga 310 km/j.

03_Maserati Quattroporte GranSport

Ketiga-tiga versi dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dari ZF. Untuk menampung kuasa yang begitu banyak, Quattroporte juga didatangkan dengan penyerap hentak Skyhook dan casis yang diperkuatkan dengan aluminium.

Maserati menawarkan Quattroporte dengan dua tahap trim iaitu GranLusso dan GranSport. Meliputi luaran dan dalaman, pakej trim GranLusso merangkumi spoiler belakang, kemasan krom pada bampar, rim Mercurio bersaiz 20 inci dan angkup brek berwarna hitam.

08_Maserati Quattroporte GranSport

Kemasan di bahagian dalam pula merangkumi fabrik sutera Ermenegildo Zegna Edition pada kerusi, pintu, siling dan penghadang cahaya matahari, serta kemasan kayu Radica pada papan pemuka dan stereng. Pedal kaki, tabir belakang elektrik, sistem penghawa dingin empat zon, pemanas kerusi belakang dan Keyless Entry juga disertakan.

Sesuai untuk mereka yang inginkan gaya lebih sporty, pakej GranSport menampilkan komponen aerodinamik pada bampar depan dan belakang, dan juga spoiler dalam warna Black Piano. Ia juga mempuyai rim Titano 21 inci, angkup brek merah dan juga kemasan berwarna biru pada logo. Pakej ini juga menawarkan gril hadapan berwarna hitam berkilat sebagai pilihan.

17_Maserati Quattroporte GranSport

Kabin Quattroporte GranSport menampilkan kerusi yang direka semula untuk pemanduan berprestasi, roda stereng dengan kemasan gentian karbon atau kulit, kemasan Black Piano pada papan pemuka, paddle shifter, dan pedal keluli tahan karat. Untuk penampilan yang lebih agresif, pelanggan boleh memesan Exterior Carbon Pack yang memuatkan komponen-komponen gentian karbon.

Tahap trim GranLusso dan GranSport ditawarkan kepada pembeli Quattroporte dan Quattroporte S sebagai pilihan. Pembeli Quattroporte GTS pula mendapat pakej tersebut sebagai standard.

02_Maserati Quattroporte GranSport

Maserati Quattroporte dijual dengan harga bermula dari RM778,800. Ketiga-tiga varian didatangkan dengan pakej penyelenggaraan selama tiga tahun atau 60,000 km.

Previous post

Sertai Karnival Pertama dan Terbesar MYPerodua Nation Memenangi Sebuah Axia

Next post

Yamaha MT-07 Kini Boleh Didapati Dalam 2 Warna Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *