Mitsubishi Bakal Perkenal SUV Kompak Baharu di Geneva
Geneva Motor Show yang bakal berlangsung Mac ini bakal menyaksikan kemunculan SUV kompak terbaru dari Mitsubishi.
Menurut pengeluar dari Jepun itu, model itu merupakan ahli terbaru dalam barisan crossover SUV Mitsubishi di samping ASX, Outlander dan Outlander PHEV.
Model yang diura-urakan akan dinamakan sebagai Eclipse itu akan tampil lebih sporty berbanding ASX dengan garis sisi yang menonjol, tingkap belakang curam serta jarak roda panjang dengan “overhang” belakang yang pendek. Ia juga mempunyai dapra yang lebar untuk imej seperti atlet.
Masih belum ada maklumat mengenai enjin yang akan ditawarkan namun kami menjangka lineup yang sama seperti Outlander iaitu enjin petrol 1.5 liter turbo dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau CVT, serta enjin diesel 2.2 liter dengan transmisi automatik enam kelajuan.
No Comment