Berita Auto

Mustang Dapat Update Besar Untuk 2017

Baru-baru ini, Ford memperkenalkan kemas kini untuk Mustang – coupe sport paling laris di dunia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelbagai penambahbaikan termasuk teknologi dan perubahan reka bentuk  baharu memberi pemilik cara-cara untuk kustom Mustang pilihan mereka, prestasi yang lebih baik daripada enjin yang lebih berkuasa dan teknologi suspensi MagneRide ™ baru.

Pelanggan mempunyai lebih cara untuk kustom berbanding sebelum ini untuk memperibadikan Mustang untuk membuatnya persendirian, dengan tiga warna cat baru, 12 pilihan roda berbeza dan disesuaikan kluster instrumen digital.

Mustang baharu amat senang untuk dikustom sehinggakan bunyi nota enjin pun boleh dilaras. Menyampaikan satu pengalaman bunyi yang belum pernah sebelum ini.

Enjin legenda 5.0 liter  V8 Ford ini telah diolah dengan teliti . Ia adalah lebih kuat dan revs yang lebih tinggi daripada mana-mana GT Mustang sebelum ini.

Berbanding dengan transmisi enam kelajuan sebelum ini, transmisi 10-kelajuan yang baharu mempunyai masa peralihan lebih cepat,  respon low-speed tip-in yang lebih baik dan pengurangan geseran yang ketara.

Stereng yang dipasang dengan shift paddles membolehkan kawalan manual maksimum.

Ford paling advance ini akan mula dijual di Amerika Utara musim luruh ini.

 

Previous post

Nissan Akan Mulakan Ujian Kereta Autonomi di UK

Next post

Batmobile LEGO Muncul di Detroit Auto Show

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *