Pagani Huayra Roadster Bakal Muncul di Geneva Motor Show
Apa yang anda lihat ini adalah Pagani Huayra Roadster baharu yang bakal muncul di Geneva Motor Show pada bulan Mac nanti. Foto teaser ini didedahkan melalui akaun Twitter pengeluar tersebut baru-baru ini.
Walaupun keseluruhan kereta dipakaikan pelekat penyamaran, Huayra Roadster jelas menampilkan rekaan bampar dan lampu hadapan yang sama dengan model coupe. Namun, rekaan bumbung dikatakan diubah sedikit untuk menampung bumbung unik Huayra Roadster.
Foto teaser bay enjin yang didedahkan tempoh hari juga menunjukkan rekaan “cooling vanes” baharu dengan nama Pagani jelas terpampar. Info mengenai enjin masih belum diketahui namun ia kemungkinan besar akan menggunakan unit yang sama dengan Huayra coupe iaitu 6.0 liter V12.
Selain itu, Huayra Roadster juga akan menampilkan bahagian belakang dengan lampu dalam rekaan terkini. Menurut Pagani, ia merupakan model paling rumit pernah dibangunkan oleh syarikat itu.
No Comment