Berita Auto

Pemenang Bertuah Bawa Pulang Perodua Bezza

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dengan hanya memandu uji kenderaan Perodua, Law Soon Hee, 26, berjaya memenangi sebuah kereta baharu apabila dipilih sebagai pemenang dalam peraduan SMS “Pandu Uji dan Menang” yang diadakan dari Oktober hingga Disember tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Law membawa pulang sebuah Perodua Bezza 1.3L Advance yang disampaikan di karnival MYPerodua Nation yang berlangsung hingga Ahad ini di kawasan tempat letak kereta Aeon Shah Alam.

Peserta hanya perlu memandu uji mana-mana model Perodua, jawab soalan mudah dan SMS jawapan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk percutian selama lima hari lima malam untuk 30 pemenang bertuah.

Orang ramai yang ingin melihat barisan model Perodua dengan lebih dekat lagi bolehlah singgah di karnival MYPerodua Nation. Selain daripada pelbagi aktiviti menarik, pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan langsung dari artis-artis tempatan.

 

Previous post

Pembangunan Mazda RX9 Disahkan Oleh Jurutera Mazda Jepun

Next post

Dodge Challenger SRT Demon - 200kg Lebih Ringan Berbanding Hellcat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *