Berita Auto

Perodua Axia 2017 Berharga RM24,900 – RM42,900

Perodua Axia berwajah baharu, dengan enjin VVT-I (Variable Valve Timing with intelligence) – satu peningkatan berbanding enjin semasa (KR Engine) serta ciri-ciri yang lebih baik, kini dibuka untuk tempahan kepada orang ramai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Enjin VVT-I ini akan meningkatkan lagi kecekapan bahan api bagi varian baharu ini dengan penjimatan sehingga 22.5 km/l dalam mod pemanduan Eko, berbanding 21.6 km/l (transmisi manual) pada model Axia sedia ada.

“Perodua Axia adalah model paling laris sejak 2014 dan kami percaya bahawa nilai tambah di dalam varian ini akan dapat menarik minat pelanggan,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

Sebanyak 214,700 unit Axia telah dijual sejak ia dilancarkan pada bulan September 2014, menjadikan ia kenderaan EEV No.1 di Malaysia. Pada 2016, kenderaan kompak ini terjual sebanyak 85,900 unit.

“Kami mensasarkan jumlah jualan purata bagi Perodua Axia ini adalah sebanyak 6,000 unit sebulan,” Dato’ Dr. Zahari berkata.

Penambahbaikan lain untuk Axia Standard termasuk jeriji depan dan bumper gaya baharu; pemegang pintu belakang; reka bentuk fabrik kerusi baharu serta dilengkapi dengan lampu projektor hadapan.

?????????????????

Mengenai sistem audio, Perodua Axia Standard-G kini didatangkan dengan slot USB. Manakala bagi Axia SE dan Advance; penambahbaikan termasuk jeriji depan dan bumper gaya baharu; butang tekan start/stop; sistem akses pintar dengan kunci pintar; sistem multimedia dengan “Smart Link” (untuk Android sahaja); reka bentuk lampu projektor depan baharu; pemegang pintu luar chrome; roda aloi bentuk spiral; pemegang pintu belakang; reka bentuk fabrik kerusi baharu (SE) serta meter kombinasi baharu dengan warna putih.

Axia (Standard) didatangkan dengan warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black dan Midnight Blue. Warna Lemongrass Green dan Cherry Blossom yang diperkenalkan semasa pelancarannya pada September 2014 lalu telah dihentikan.

Bagi varian SE dan Advance, ia mempunyai dua (2) warna tambahan berbanding Axia Standard-G iaitu Solid Sunflower Yellow dan Metallic Lava Red.

Harga untuk Semenanjung Malaysia bagi varian Perodua Axia baharu bermula dari RM24,900 bagi Standard-E (manual) dan RM42,900 bagi Advance (automatik). (Untuk senarai harga penuh, sila rujuk lampiran di bawah.)

Price-list_NEW_AXIA-

Perodua juga turut mempelawa para pelanggan untuk datang ke ‘MYPerodua Nation’, karnival terbesar Perodua yang akan diadakan pada hujung minggu ini bermula 20hb hingga 22hb Januari 2017 di AEON Mall Shah Alam (kawasan parkir kereta luar).

Previous post

Tempahan Perodua Axia Facelift Dibuka

Next post

STARD Dedah Rancangan Musim 2017 Bersama Kia cee'd TCR

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *