Berita Auto

Perodua Axia Facelift Dilancarkan – Kini Dengan VVT-i

Perodua Axia facelift telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini di karnival MYPerodua Nation yang sedang berlangsung di tempat letak kereta Aeon Shah Alam sehingga Ahad ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditawarkan dalam varian Standard E, Standard G, SE and Advance, Axia baharu didatangkan dengan rupa lebih segar melalui gril, lampu projektor serta bampar depan dan belakang yang direka semula. Ia juga mendapat pemegang pada penutup but.

Perodua Axia Facelift Launch 08

Perubahan di dalam kabin tidak begitu ketara, hanya kemasan perak pada papan pemuka dan stereng bagi varian Standard G dan ke atas, serta panel instrumen baharu dengan lampu pencahayaan putih untuk SE dan Advance. Kedua-dua varian itu juga dilengkapi dengan butang penghidup enjin dan sistem Smart Entry dengan Smart Key.

Perodua Axia Facelift Launch 15

Untuk infotainment, hanya varian Advance sahaja yang menampilkan sistem multimedia dengan ciri sambungan “Smart Link” untuk pengguna Android. Varian SE dilengkapi dengan unit radio AM/FM dengan USB dan Bluetooth manakala Standard G mendapat unit yang sama tanpa Bluetooth.

Perodua Axia Facelift Launch 04

Dari segi teknikal, Axia kini dilengkapi dengan teknologi VVT-i yang membantu dalam meningkatkan tahap kecekapan penggunaan bahan api dari 21.6 km setiap liter sebelum ini sehingga 22.5 km setiap liter. Enjin 1.0 liter, tiga silinder itu menghasilkan 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm pada 4,400 rpm, disalurkan ke roda melalui transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Perodua Axia Facelift Launch 06

Aspek keselamatan pula dikekalkan dengan dua beg udara dan ABS dengan EBD di dalam semua varian kecuali Standard E. Ia ditawarkan dalam enam warna – Ebony Black, Glittering Silver, Ivory White, Midnight Blue, serta Lava Red Metallic dan Sunflower Yellow khas untuk SE dan Advance.

Perodua Axia Facelift Launch 01

Untuk harga, rujuk senarai di bawah:

Price-list_NEW_AXIA-

Previous post

Patrick Dempsey Bercakap Tentang Keberanian Dan Kerjaya Kedua Sebagai Pemandu Kereta Lumba

Next post

ANIH Berhad Beri Diskaun Tol 10% Sempena Tahun Baru Cina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *