Porsche 911 GTS Baharu Tampil Dengan 450 HP dan Transmisi Manual
Porsche telah memperkenalkan rangkaian 911 GTS facelift, kini boleh didapati dalam lima varian iaitu Carrera GTS Coupe dan Cabriolet, Carrera 4 GTS Coupe dan Cabriolet, serta Targa 4 GTS.
Kelima-lima varian menampilkan enjin turbo enam silinder baharu dengan sesaran 3.0 liter yang menghamburkan 450 hp (30 hp lebih dari model 911 Carrera S) dan tork 550 Nm di antara 2,150 dan 5,000 rpm.
911 GTS boleh dipesan dengan kotak gear manual tujuh kelajuan, namun mereka yang mahukan pemanduan automatik juga boleh mendapatkan kotak gear PDK. Carrera GTS menampilkan pacuan roda belakang, manakala Carrera 4 GTS dan Targa 4 GTS didatangkan dengan pacuan empat roda.
Dari segi prestasi, Carrera 4 GTS Coupe dengan PDK dan pakej Sport Chrono merupakan varian terpantas dengan masa pecutan 0 to 100 km/j 3.6 saat, manakala Carrera GTS Coupe dengan transmisi manual pula mampu memecut sehingga 312 km/j.
Kesemua varian 911 GTS didatangkan dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai standard. Istimewa untuk varian GTS Coupe adalah casis sport PASM yang merendahkan badan sebanyak 10 mm.
No Comment