Porsche Cayman GT4 Clubsport Kini di Malaysia
Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengedar rasmi Porsche di Malaysia memulakan tahun 2017 dengan memperkenalkan Cayman GT4 Clubsport di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang hari ini.
Seperti Cayman GT4, jentera ini juga menampilkan enjin 3.8 liter enam silinder yang digandingkan dengan kotak gear PDK enam kelajuan. Ia didatangkan dengan paddle shifter pada roda stereng dan juga pengkamiran mekanikal pada gandar belakang (mechanical rear-axle locking differential).
Suspensi depan ‘dipinjam’ dari jentera lumba 911 GT3 Cup yang bertanding dalam kejohanan one-make Porsche manakala sistem breknya terdiri daripada cakera 380 mm. Jentera seberat 1,300 kg itu juga dilengkapi dengan sangkar keselamatan (safety cage) dan kerusi bucket dengan abah-abah enam mata.
Cayman GT4 Clubsport dijangka akan membuat penampilan di beberapa kejohanan sekitar Asia Tenggara menerusi kempen yang dianjurkan oleh Porsche Asia Pacific.
Program “Introduction to Porsche”
Demi terus meningkatkan pengalaman pemanduan, SDAP juga akan memperkenalkan program “Introduction to Porsche” bagi para pemilik Cayenne, Macan dan Panamera. Mana-mana model yang didaftarkan pada tahun ini akan mendapat penyertaan ke program tersebut secara percuma, di mana pemilik berpeluang merasai pengalaman memandu di litar Sepang dengan bimbingan dari pengajar.
Bukan itu sahaja, program itu juga merangkumi sesi memandu model sport dua pintu di litar tersebut. SDAP akan terus menawarkan program jaminan selama empat tahun serta pakej penyelenggaraan selama empat tahun bagi pelanggan baru mereka.
Sementara itu, SDAP juga telah mengumumkan senarai harga model-model Porsche bagi tahun ini seperti yang tertera di bawah:
No Comment