Gaya Hidup / Lifestyle

PROTON Menawarkan Pakej YES Altitude 4G Kepada Pelanggan

PROTON Holdings Bhd (“PROTON” atau “Syarikat”), menjadi perintis dengan pengenalan kereta-kereta berhubung di Malaysia melalui kerjasama dengan YTL Communications Sdn Bhd (“YTLC”) yang dimeterai pada 2011, untuk menawarkan sambungan tanpa henti ke kereta-kereta Proton melalui peranti hotspot YES 4G Huddle XS mudah alih. Kerjasama ini akan menaikkkan taraf dari jalur lebar 4G mudah alih ke telefon pintar YES Altitude 4G LTE. Majlis dirasmikan bersama oleh YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan YBhg Dato’ Yeoh Soo Keng, Pengarah Eksekutif YTLC, dengan kehadiran pengurusan kanan dari PROTON dan YTCL di acara DRB-HICOM Auto Fest yang berlangsung dari 14 -15 Januari di Ibu Pejabat EON.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selaras dengan janji ‘Pelanggan Diutamakan’ untuk memberikan lebih nilai kepada mereka, usaha sama ini akan memperlihatkan tawaran pakej yang telah dipertingkatkan, yang dikenali sebagai Pelan PROTON YES Altitude (“Pelan”). Pelan ini akan menyediakan 16GB data kepada pelanggan pada setiap bulan, yang ditawarkan secara percuma selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran kereta, berkuatkuasa dari 14 Januari 2017.

Speech by YBhg Dato' Ahmad Fuaad Kenali

Pakej ini ditawarkan khas kepada semua pelanggan PROTON yang memilih untuk memiliki manamana kereta Proton dari varian Executive dan ke atas, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat, tidak seperti tawaran sebelum ini.

“Kami melihat promosi ini untuk menambah lagi pengalaman bersama pakej PROTON YES Altitude 4G LTE yang membenarkan mereka berhubung melalui liputan mudah alih dengan fungsi internet yang pantas,” kata Dato’ Fuaad.

Photo 1

“Tawaran ini hanya sah sementara stok masih ada dan kami yakin bahawa tawaran istimewa ini akan memberikan manfaat kepada pelanggan melalui rangkaian YES sebagai peneraju global bagi Internet 4G, dengan 2 rangkaian mudah alih yang teguh (4G LTE dengan VoLTE dan 4G Broadband), merangkumi liputan sebanyak 85% negara termasuk kawasan bandar dan luar bandar, yang akan menguntungkan pelanggan” tambah Dato’ Fuaad.

“Syarikat percaya bahawa teknologi dan pembangunan kereta berkait rapat. Memandangkan penggunaan telefon pada zaman sekarang ini sebagai satu kemudahan di hujung jari, pelanggan kini boleh memuat turun aplikasi MyProton dengan telefon pintar YES Altitude 4G LTE untuk memandu uji kereta, membuat temu janji servis dan mendapatkan maklumat mengenai kereta Proton dan tawaran yang sedang berlangsung. Aplikasi ini boleh didapati di kedua-dua platform IOS dan Android. Kami yakin bahawa pelan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan,” ujar Dato’ Fuaad.

YTLC merupakan anak syarikat YTL Corporation Berhad (“YTL Corp”) yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan portfolio pelbagai perniagaan di Asia Pasifik dan Eropah.

One of the first buyers

“Internet mudah-alih kini mengemudi masa depan, dan sambungan di dalam kereta menjadi satu ciri yang diperlukan kerana memberikan kemudahan, serta pengalaman pemanduan menyeronokkan. Semakin ramai pemandu pada hari ini bergantung kepada Internet sebagai petunjuk, komunikasi, hiburan dan juga sebagai perkongsian perjalanan (ride-sharing). Sebagai pembekal perkhidmatan 4G pertama di seluruh negara, kami berhasrat untuk membawa gaya hidup saling berhubung berprestasi tinggi kepada rakyat Malaysia, dan kami gembira untuk melakukannya melalui pelan PROTON YES Altitude yang dipertingkatkan secara eksklusif untuk pelanggan Proton baharu,” kata Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd.

“Kami memuji wawasan PROTON sebagai pemimpin industri untuk menyediakan gaya hidup mudah alih yang berhubung untuk para pelanggan dan kami amat berbangga sebagai sebahagian daripada kerjasama ini. Oleh kerana Malaysia lebih terarah kepada ekonomi digital, kami percaya pelan PROTON YES Altitude akan membawa manfaat kepada pelanggan Proton dan memberi keupayaan kepada mereka untuk berkembang maju dalam era baru dunia berhubung,” tambah Wing K Lee.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Appstore, untuk spesifikasi dan harga serta menempah sesi pandu uji.

Launch gimmick by PROTON and YTLC

Previous post

Triumph Street Triple 2017: Kini Dengan Enjin 765cc Baharu

Next post

Kerja-Kerja Naik Taraf Di Sekitar Persimpangan Salak, Lebuhraya Kuala-Seremban

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *