Shell Sahkan 31 Stesen Lagi Beroperasi Seperti Biasa
Berita BERNAMA melapurkan bahawa Shell Malaysia mengesahkan 31 lagi stesen minyaknya beroperasi seperti biasa setakat pukul 9 malam ini, menerima urus niaga tunai dan juga kad kredit, sebagai tambahan kepada 230 stesen sebelum ini.
“Kebanyakan stesen lain menerima pembayaran tunai,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan berhubung masalah teknikal yang dihadapinya membabitkan urus niaga kad kredit di stesen minyak Shell di seluruh negara, sejak 1 pagi hari ini.
Shell yang memohon maaf kepada pelanggannya yang tidak dapat mengisi tangki minyak mereka akibat daripada masalah itu berkata ia sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut.
No Comment