STARD Dedah Rancangan Musim 2017 Bersama Kia cee’d TCR
Diperkenalkan buat pertama kali pada penghujung tahun lalu, Kia cee’d TCR yang dibina oleh STARD (Stohl Advanced Research and Development) telah dibangunkan secara signifikan sejak beberapa bulan lalu, dan pasukan dari Austria itu telah mendedahkan rancangan mereka untuk musim 2017.
Untuk musim ini, STARD telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari China iaitu EJE Engineering, yang juga akan mewakili K:FORCE China dengan menggunakan Kia TCR yang dilengkapi dengan komponen dari STARD, di rantau Asia.
Segala aktiviti K:FORCE China (termasuk jualan kereta dan perkhidmatan pelanggan untuk semua pertandingan TCR di Asia, samada peringkat antarabangsa atau kelab tempatan) akan diuruskan oleh Edmand Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, dan Eddie Hughes, Ketua Pegawai Teknikal pasukan itu.
“Selepas perbincangan di China dan Austria pada tahun lalu, kami yakin bahawa STARD dan K:FORCE Kia cee’d TCR yang dibangunkannya adalah salah satu produk paling menarik untuk pasaran TCR yang muda,” kata Edmand Chan.
“Kami amat teruja dan berbesar hati untuk menjadi wakil K:FORCE TCR dan komponen ‘aftermarket’ bagi Kia di China. Kami bersedia untuk memberikan perkhidmatan profesional terbaik di negara itu.”
Siri TCR Asia memasuki musim ketiganya tahun ini, dengan 12 pusingan di seluruh Asia. Siri TCR Thailand pula berada pada musim keduanya manakala Siri TCR China akan diadakan buat pertama kali pada tahun ini.
Mana-mana pasukan yang ingin menyertai Siri TCR Asia boleh menghantar email ke info@asia.tcr-series.com.
No Comment