Berita Auto

Tempahan Perodua Axia Facelift Dibuka

Diperkenalkan buat pertama kali pada 2014, Perodua Axia bakal menerima model facelift yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Harga masih belum diumumkan, namun tempahan untuk model itu telah pun dibuka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Melihat kepada teaser yang disiarkan oleh Perodua, model hatchback mampu milik itu dilihat menampilkan rekaan segar melalui gril baharu dengan dua elemen krom yang bersambung dengan lampu depan.

Rekaan bampar hadapan juga diberi sedikit perubahan yang membuatkannya kelihatan saling tak tumpah seperti Honda Jazz.

Perodua Axia teaser 01

Dari aspek teknikal, Axia facelift didatangkan dengan enjin 1.0 liter tiga silinder dengan teknologi VVT-i yang sama seperti Bezza varian Standard G.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lampu depan projektor, butang tekan-mula, sistem Smart Entry dengan kunci pintar serta sistem multimedia dengan ciri ‘Mirror Link’ untuk pengguna Android.

 

 

Previous post

Model Tahun 2017 Toyota Prius C Dikemaskini Untuk Amerika Syarikat

Next post

Perodua Axia 2017 Berharga RM24,900 - RM42,900

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *