Toyota Yaris WRC Bakal Muncul di Geneva
Toyota akan menyertai World Rally Championship (WRC) tahun ini dengan jentera Yaris yang diubah suai secara ekstrem bagi menghadapi cabaran kejohanan itu.
Apa yang anda lihat ini pula adalah model Yaris WRC yang diinspirasikan oleh jentera rali tersebut. Ia bakal ditayangkan pada bulan Mac ini di Geneva Motor Show, bersebelahan dengan jentera rali Yaris yang sebenar.
Walaupun tidak menampilkan kit badan yang ganas, Yaris WRC ini masih kelihatan sporty dengan kehadiran diffuser belakang, spoiler serta rim berwarna gelap.
Menurut Toyota, model ini mempunyai 210 hp dan aspek teknikal juga telah dinaik taraf bagi meningkatkan tahap pengendalian serta keselesaannya. Apa naik taraf yang dimaksudkan, kita tunggu sahaja sehingga Mac nanti.
Laporan mengatakan yang ia akan dikenali sebagai Yaris Gazoo, bersempena dengan nama pasukan Toyota yang menyertai WRC.
No Comment