VIDEO: Marc Marquez Daki Gunung Bersalji Dengan Jentera MotoGP
Motosikal dan salji adalah dua elemen yang jarang-jarang bertemu, namun apabila ia berlaku, hasilnya sangat menakjubkan.
Lihat sahaja klip video oleh Red Bull di bawah, di mana juara MotoGP Marc Marquez menunggang jentera RC213V miliknya menaiki Kitzbühel Alps di Australia.
Untuk mendapatkan cengkaman yang terbaik, tayar motosikal Marquez dipasangkan dengan paku sepanjang 3 sm dengan bantuan pelumba ice speedway terkenal iaitu Franz Zorn.
Walaupun nampak sukar, pelumba dari Sepanyol itu berjaya mengawal motosikalnya dalam keadaan salji yang tebal. Malah, beliau mampu melakukan wheelie tanpa sebarang masalah.
Namun begitu, Marquez bukanlah atlet pertama yang melakukan aksi sebegini rupa. Tahun lalu, Max Verstappen memandu jentera F1nya di tempat yang sama.
No Comment