Volkswagen Buka Pusat 3S di Batu Pahat
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan SP Supreme Autohaus hari ini melancarkan pusat 3S Volkswagen Batu Pahat yang baru. Ia merupakan satu-satunya pusat 3S jenama itu yang dibuka di bahagian utara Johor.
Memiliki keluasan sekitar 25,000 kaki persegi, bilik pameran cukup luas untuk mempamerkan lima buah kenderaan pada satu-satu masa. Pusat servisnya pula mempunyai enam ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman, serta peralatan diagnostik dan pasca jualan terkini yang telah diluluskan oleh pihak Volkswagen Jerman.
Bagi kemudahan pelanggan, pusat 3S ini juga menempatkan lounge dengan perkhidmatan WiFi, sebuah kafe dengan minuman ringan dan TV. Dengan pelaburan berjumlah RM6.5 juta, pusat 3S ini menyokong aspek jualan dan perkhidmatan pasca jualan kenderaan Volkswagen di kawasan Batu Pahat, Muar, Kluang, Yong Peng, Segamat dan kawasan-kawasan berhampiran.
Bilik pameran dan jualan Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat beroperasi setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 6 petang, manakala perkhidmatan selepas jualan pula beroperasi dari Isnin hingga Jumat dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan mulai 9 pagi hingga 4 petang setiap Sabtu. Bahagian jualan dan pasca jualan ditutup pada cuti umum.
No Comment