Gaya Hidup / Lifestyle

Anda Kini Boleh Membeli Range Rover Klassic 3-Pintu 1978 Yang Dipulihkan Kilang Mereka

Range Rover Reborn adalah program baru yang menawarkan bakal pelanggan peluang yang unik untuk membeli Range Rover vintage asal dan yang amat collectible , terus dari Land Rover Classic di UK.

Pelancaran Range Rover Reborn dibina diatas kejayaan pengenalan Land Rover Series I Reborn tahun lepas.

Satu lagi tarikan bagi pelawat pameran ialah persembahan debut Eropah ‘New Original’ Jaguar XKSS.

Berikutan kejayaan pengenalan kepada media di Muzium Petersen di Los Angeles pada November 2016, XKSS menakjubkan ini yang disiapi dengan  Sherwood Green adalah pelan tindakan kejuruteraan bagi sembilan kereta ditakdirkan untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia pada tahun 2017. **

Juga yang akan dipamerkan oleh Jaguar Land Rover Classic di Salon Rétromobile –  di Paris, Perancis 08-12 Februari 2017 – nanti adalah E-type Fixed Head Coupe original yang pertama dipulihkan kilang sepenuhnya.

Kereta milik persendirian ini,  E-Type 1962 pendaftaran Perancis, dalam Opalescent Gunmetal Grey, lengkap dengan panel badan reverse-engineered, yang dibuat sendiri untuk memastikan ianya muat kemas dan dengan enjin 3.8-liter  dan transmissi asalnya – juga dipulihkan sepenuhnya.

Pasukan pakar Land Rover Classic telah menguna pakai pengalaman berdekad kejuruteraan dan kepakaran reka bentuk untuk melengkapkan Range Rover Reborn pertama  – 1978 Classic Range Rover yang telah dipilih dengan teliti .

Spesifikasi gambaran keseluruhan

  • Warna: Bahama Gold
  • Enjin: 3528cc V8 Petrol
  • Carburettor Zenith-Stromberg 175CD typemax.
  • 132bhp kuasa pada 5000rpm
  • Max tork: 251 Nm pada 2500 rpm
  • 4-kelajuan transmisi manual, central differential boleh dikunci

Setiap Range Rover Reborn akan menjalani pemulihan yang lengkap mengikut spesifikasi 1970 kilang asal syarikat dan menggunakan alat-ganti Land Rover Classic untuk memelihara dan melindungi kesahihan kenderaan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pasukan pemulihan yang berpengalaman Land Rover akan menasihati pelanggan pilihan yang terbaik untuk kenderaan asas – dari segi collectability, nombor casis pilihan dan ciri-ciri yang unik. Harga untuk melengkapkan pemulihan Range Rover Reborn dari Land Rover Classic akan bermula dari £ 135,000 GBP iaitu kira-kira RM700,000 sebelum penghantaran, cukai dan insurans.

Previous post

NanoFlowcell Quant 40V Akan Muncul di Geneva Motor Show

Next post

Holden Commodore 2017 - Tidak Akan Datang Ke Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *