Berita Auto

Aplikasi Toyota Drive Memudahkan Pemilik dan Pelanggan

UMW Toyota Motor telah memperkenalkan satu applikasi telefon pintar yang dikenali sebagai Toyota Drive. Boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store, aplikasi ini membolehkan pelanggan membuat temu janji servis, mendapatkan bantuan tepi jalan, mencari outlet Toyota terdekat dan bermacam-macam lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berikut adalah ciri-ciri utama yang ditawarkan melalui aplikasi Toyota Drive:

1. Temu janji servis – Pemilik boleh membuat temu janji servis untuk kenderaan mereka di pusat servis pilihan masing-masing pada bila-bila masa.

2. Bantuan Jalan 24Seven – Pemilik kenderaan boleh berhubung dengan pasukan sokongan dengan mudah apabila bantuan diperlukan.

3. Pakej Servis – Maklumat mengenai pakej servis untuk pelbagai jenis model boleh didapati melalui aplikasi ini.

4. Pencari Outlet – Pelanggan boleh mencari outlet Toyota yang berdekatan dengan mereka.

5. Kenderaan pra-milik untuk dijual – Mereka yang ingin membeli kenderaan Toyota terpakai boleh membuat pilihan dari segi harga dan model yang ada di enam lokasi TopMark di Semenanjung Malaysia.

Pemilik kenderaan yang mendaftar dengan Toyota Drive juga mempunyai akses kepada sejarah servis kenderaan masing-masing. Selain itu, tips penjagaan kereta dan akses ke saluran media sosial Toyota juga disediakan melalui aplikasi tersebut.

 

Previous post

Tunggang Uji: Benelli TnT135

Next post

Toyota Masih Teratas Disenarai Majalah Fortune

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *