Berita Auto

BMW 5 Series Touring 2017 Tampil Elegan Walau Berbadan Besar

Pada Oktober tahun lalu, BMW memperkenalkan 5 Series baharu (G30) dalam versi sedan. Kini, pengeluar dari Munich itu kembali dengan 5 Series Touring yang pasti akan membuat peminat wagon di seluruh dunia terliur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada badan yang jelas lebih panjang, 5 Series Touring mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama dengan kembar sedannya. Dari segi ukuran, ia 36 mm lebih panjang, 8 mm lebih lebar dan 10 mm lebih tinggi berbanding model terdahulu. Jarak roda juga berkembang sebanyak 7 mm, sekaligus menghasilkan ruang kabin yang lebih luas untuk penumpang dan bagasi.

P90245016_highRes_the-new-bmw-5-series

5 Series Touring mempunyai ruang but seluas 570 liter, iaitu 10 liter lebih luas dari model sebelum ini dan ia boleh mencecah sehingga 1,700 liter jika tempat duduk baris kedua dilipat sepenuhnya. Untuk lebih kemudahan, tingkap belakang boleh dibuka secara berasingan.

P90245052_highRes_the-new-bmw-5-series

Buat masa ini, model terbaru BMW ini boleh didapati dengan dua enjin diesel (520d dan 530d) dan dua enjin petrol (530i dan 540i xDrive). Bagi varian 520d, ia menampilkan enjin 2.0 liter empat silinder dengan 190 hp dan 400 Nm yang disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear manual enam kelajuan (transmisi Steptronic lapan kelajuan boleh dipilih).

P90245051_highRes_the-new-bmw-5-series

Varian 530d pula ditawarkan dengan pilihan pacuan roda belakang atau xDrive. Kereta ini mempunyai 265 hp dan 620 Nm dari enjin 3.0 liter enam silinder yang dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan, membolehkannya memecut dari 0 – 100 km/j dalam 5.8 saat (5.6 saat dengan xDrive) dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

P90245017_highRes_the-new-bmw-5-series

Bagi varian petrol, 530i yang menampilkan pacuan roda belakang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder yang menghasilkan 252 hp dan 350 Nm. Ia mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 6.5 saat dengan bantuan dari transmisi automatik lapan kelajuan.

P90245006_highRes_the-new-bmw-5-series

Sebagai varian flagship bagi barisan 5 Series Touring, 540i xDrive menampilkan enjin 3.0 liter enam silinder yang menjana kuasa sehingga 340 hp dan 450 Nm. Dengan kotak gear automatik yang sama, varian ini memerlukan 5.1 saat untuk memecut dari 0 – 100 km/j dan mampu mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

P90245047_highRes_the-new-bmw-5-series

5 Series Touring dilengkapi dengan suspensi udara belakang dengan ciri ‘automatic self-levelling’ sebagai standard. Bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan pelbagai ciri tambahan termasuk Dynamic Damper Control, Adaptive Drive system dengan ‘active roll stabilisation’, Integral Active Steering ataupun suspensi M Sport untuk pengendalian terbaik.

P90245043_highRes_the-new-bmw-5-series

Bagi kelengkapan lain, 5 Series Touring menampilkan ciri-ciri yang sama dengan 5 Series Sedan seperti lampu LED dengan lampu nyalaan siang terbina, mod pemanduan separa autonomi dengan bantuan kawalan stereng dan lorong, serta Remote Parking Assistant. Bagi infotainment pula, kereta ini didatangkan dengan skrin sentuh 10.25 inci yang hadir dengan sistem kawalan isyarat, Apple CarPlay dan tidak ketinggalan fungsi mengecas wayarles.

P90245014_highRes_the-new-bmw-5-series

 

Previous post

Minyak, Tayar, Bateri, Penyelenggaraan Meningkat ... Dan Trafik Semakin Teruk

Next post

Proton Persona Dan Saga Baharu Diperkenalkan Di Brunei

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *