Berita Auto

Honda City Facelift Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

Selain dari pengumuman sasaran jualan bagi tahun 2017, Honda Malaysia turut mempertontonkan City facelift yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Tempahan bagi model tersebut telah pun dibuka sejak 1 Februari lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sejak dilancarkan pada Mac 2014, model City generasi keempat ini berjaya mencatat jualan melebihi 100,000 unit sekaligus meletakkannya sebagai peneraju segmen B.

Honda City Facelift

Menawarkan ciri segmen C pada harga segmen B, City facelift tampil dengan pelbagai ciri-ciri bernilai tinggi seperti Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), butang penghidup enjin dengan sistem Smart Entry dan rim aloi dua tona yang ditawarkan standard pada semua varian.

Honda City Facelift

Aspek rekaan diserlahkan dengan muka hadapan Solid Wing Face seperti yang terdapat pada Civic generasi ke-10. Varian tertinggi iaitu V menampilkan lampu LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED depan serta spoiler belakang dengan lampu brek terbina.

Honda City Facelift

Aspek rangkaian kuasa dikekalkan dengan kombinasi enjin 1.5 liter i-VTEC dan CVT dengan teknologi Earth Dreams Honda yang menghasilkan 120 PS dan 145 Nm.

Honda City Facelift

Orang ramai boleh melihat City facelift dengan lebih dekat sebelum pelancarannya di beberapa lokasi siri jelajah seperti berikut:

Honda City facelift roadshow

Senad baru itu juga akan bergerak dari satu bandar ke bandar lain pada setiap hari di lokasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:

Honda City facelift roadshow 2

 

 

Previous post

Honda Malaysia Sasar Jualan 100,000 Unit Untuk 2017

Next post

Shell Malaysia Lancar Minyak 'Anti Penuaan' Untuk Kenderaan Dengan Perbatuan Tinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *