Honda Civic Type R Akan Buat Kemunculan di Geneva Motor Show
Geneva Motor Show yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti bakal menjadi pentas pelancaran bagi model-model terbaru dari pelbagai pengeluar kenderaan. Antaranya ialah Honda Civic Type R yang dinanti-nantikan ini.
Menurut Honda, Type R versi 2018 ini dibina dan dipasang di United Kingdom dan jualan akan bermula musim panas ini di beberapa pasaran utama dunia termasuk benua Eropah, Jepun serta Amerika Syarikat. Ini adalah kali pertama kenderaan dengan lambang ‘Type R’ memasuki pasaran tersebut.
Dari aspek teknikal, Civic Type R dijangka menampilkan gabungan enjin 2.0-liter VTEC Turbo dengan transmisi manual enam kelajuan yang bertanggungjawab menyalurkan kuasa ke gandar hadapan. Jumlah kuasa yang dihasilkan masih belum diketahui, namun kami menjangkakan sedikit peningkatan berbanding model sedia ada yang mempunyai 306 hp dan 400 Nm.
Aspek luaran model terbaru ini pula dikatakan akan mengekalkan ciri-ciri aerodinamik dan rekaan agresif seperti yang dilihat pada versi prototaip seperti yang ditunjukkan di atas. Apa-apa pun, kita tunggu kemunculan rasmi hot hatch itu nanti.
No Comment