Honda, Hitachi Jalin Kerjasama Hasilkan Motor Elektrik
Honda dan Hitachi Automotive Systems telah menandatangani satu perjanjian usahasama bagi tujuan mewujudkan satu syarikat yang bertanggungjawab dalam pembangunan, penghasilan serta penjualan motor bagi kenderaan elektrik (EV).
Syarikat yang akan berpangkalan di Jepun itu akan mula beroperasi menjelang Julai tahun ini dengan jumlah pelaburan sebanyak 5 billion yen (RM197 juta). 51 peratus daripada sahamnya dimiliki oleh Hitachi manakala selebihnya menjadi milik Honda.
Selain itu, usahasama tersebut juga akan menyaksikan wujudnya operasi-operasi pengeluaran dan penjualan motor elektrik di Amerika Syarikat dan China bagi memenuhi permintaan sama ada dari Honda mahupun pengeluar kenderaan lain.
Jalinan kerjasama dengan Hitachi ini juga selari dengan misi Honda yang inginkan janaan kuasa elektrik pada 2/3 daripada kenderaannya menjelang 2030.
No Comment