Ini Dia Honda CR-V 2017
Pengeluaran Honda CR-V 2017 semua baharu ini baru sahaja bermula di Amerika Utara dan tidak lama lagi ia akan diperkenalkan ke seluruh dunia.
CR-V ini telah direka semula untuk 2017 dan kini CR-V generasi kelima ini terus berkongsi platform dengan Honda Civic.
Pereka telah menyelitkan banyak ciri-ciri yang terdapat dalam Civic baru ke dalam CR-V ini bersama-sama dengan ciri-ciri reka bentuk yang lebih agresif di bahagian hadapan dan belakang.
Pembeli di Amerika Utara boleh memilih diantara enjin 2.4 liter in-line 4-silinder atau enjin semua baru 1.5 liter turbo in-line 4-silinder.
Kami pasti pilihan enjin yang sama boleh didapati di Malaysia apabila ia datang kerana Civic yang dijual di Malaysia juga mengunakan enjin 1.5 liter turbo baharu.
No Comment