Jaguar Beri Peluang Anda Bayar Minyak Guna Unit Infotainment Kereta Anda
Aplikasi Shell ini adalah salah satu daripada beberapa peningkatan baru kepada model F-PACE, XE dan XF Jaguar.
Daripada menggunakan kad di pam, atau beratur di kaunter kedai, pemilik yang memasang aplikasi Shell hanya boleh memandu ke mana-mana pam di stesen perkhidmatan Shell (buat permulaan di UK dan kemudian di peringkat global) dan menggunakan skrin sentuh kenderaan untuk memilih berapa banyak bahan api mereka perlukan dan membayar menggunakan PayPal atau Apple Pay. Android Pay akan ditambah kemudian pada tahun 2017.
Aplikasi Shell dengan pembayaran tanpa tunai dalam kereta boleh dimemuat turun dari 15 Februari dan akan dilancarkan untuk pasaran tambahan seluruh dunia pada 2017.
No Comment