Jualan Global Ferrari Naik Lagi Naik
Ferrari minggu lalu mengumumkan keputusan awal yang disatukan bagi suku ke-4 dan 12 bulan berakhir 31 Disember 2016.
Penghantaran berjumlah 8014 unit dalam tahun kewangan 2016, meningkat 350 unit atau + 4.6% berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian ini didorong oleh peningkatan 5% dalam jualan model 8 silinder (V8), yang diketuai oleh kejayaan kedua-dua 488 GTB dan 488 Spider. Penghantaran model 12 silinder (V12) naik sehingga 4% hasil GTC4Lusso dan LaFerrari Aperta yang baru dilancarkan serta prestasi kukuh F12tdf. LaFerrari siri jangka yang terhad juga habis dijual.
Semua pasaran menyumbang positif. EMEA berkembang sebanyak 8% dengan Itali, Jerman dan Perancis semakin meningkat pada kadar dua angka. Kedudukan APAC meningkat sebanyak 3%, Americas menunjukkan peningkatan 2% manakala penghantaran di China hanya 1% disebabkan keputusan Ferrari untuk menamatkan pengedar di Hong Kong pada suku keempat 2016.
No Comment