Motosikal / Skuter / Roda

Kawasaki Z650 Berharga RM35,609 di Malaysia

Kawasaki Motors Malaysia telah mengesahkan bahawa Z650 baharu akan menerjah pasaran dengan harga RM35,609 termasuk GST. Ia boleh didapati di bilik pameran premium Kawasaki bermula hujung bulan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Motosikal middleweight itu dilancarkan pada bulan Januari tahun ini bersama-sama dengan Z900, Ninja 650 dan Versys-X 250 dengan harga anggaran kurang daripada RM37,000.

Kawasaki Z650

Dari aspek rekaan, pengganti model ER-6n ini menggabungkan gaya agresif dengan elemen “sugomi” seperti yang dilihat pada model Z900. Di bawah ‘baju’ barunya adalah kerangka ‘trellis’ seberat 15 kg yang dipadankan dengan fork teleskopik 41 mm di depan dan suspensi back-link melintang di belakang.

Kawasaki Z650

Ia dikuasakan oleh enjin 649 cc dua silinder yang menghasilkan 68 PS pada 8,000 rpm dan 65.7 Nm pada 6,500 rpm. Beberapa penambahbaikan dilakukan bagi memaksimumkan tork pada tahap rpm rendah dan sederhana untuk tunggangan harian. Seperti Z900, ia dijuga didatangkan dengan klac slipper.

Kawasaki Z650

Ditawarkan dalam warna Lime Green dan Titanium, Z650 dilengkapi dengan cakera brek berkembar bersaiz 300 mm di depan dan cakera tunggal 220 mm di belakang. Lebih penting lagi, ABS juga didatangkan standard. Selain itu, paparan pelbagai fungsinya memaparkan kedudukan gear, isyarat menaikkan gear serta ikon mod ECO.

Kawasaki Z650

 

 

 

Previous post

McLaren Super Series Generasi Kedua Mampu Membrek Dari 200 Km/j Dalam 4.6 Saat

Next post

Honda Malaysia Umum Inflator Beg Udara Takata Boleh Ditukar di Stesen Petronas Terpilih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *