Berita Auto

Maserati Levante Masuk Pasaran Malaysia – RM888,800

Setelah diperkenalkan secara prebiu pada tahun lalu, Maserati Levante kini secara rasminya memasuki pasaran Malaysia menerusi Naza Italia sebagai pengimport dan pengedar rasmi jenama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SUV pertama dari pengeluar tersebut menampilkan enjin turbodiesel 3.0-liter V6, satu-satunya pilihan yang ada bagi pasaran tempatan. Unit tersebut menghasilkan 275 hp pada 4,000 rpm dan 6,000 Nm dari 2,000 – 2,600 rpm, membolehkan Levante memecut dari 0 – 100 km/j dalam 6.9 saat, dengan kelajuan maksimum 230 km/j. Penggunaan bahan api pula berada pada tahap 7.2 liter setiap 100 km.

049_Maserati Levante

Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan ZF yang berupaya menukar gear dengan lancar bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih iaitu Normal, I.C.E., Sport atau Off-Road. Setiap satu mod mempunyai karakter tersendiri hasil dari pengubahsuaian enjin, transmisi, suspensi serta komponen elektronik.

030_Maserati Levante

Ciri-ciri yang berteraskan prestasi juga didatangkan sebagai standard. Ini termasuklah suspensi udara, penyerap hentak elektronik Skyhook dan sistem pacuan semua roda (AWD) Q4.

013_Maserati Levante

Selain itu, Levante boleh dipesan dengan dua pakej pilihan iaitu Sport atau Luxury. Pelanggan juga boleh mendapatkan pakej Zegna Edition yang merangkumi upholsteri kulit Itali yang dibuat khas oleh pereka fesyen terkenal iaitu Ermenegildo Zegna.

020_Maserati Levante

Dari aspek teknologi, Levante menampilkan Human Machine Interface (HMI) serta pelbagai ciri-ciri lain termasuk Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Forward Collision Warning, Brake Assist System, Lane Departure Warning, kamera surround, serta skrin sesentuh 8.4-inci dengan kawalan rotary baru serta fungsi AHA yang menyediakan perkhidmatan atas talian.

048_Maserati Levante

Maserati Levante memasuki pasaran SUV mewah Malaysia dengan harga bermula dari RM888,800 (termasuk cukai dan duti tempatan). Ia didatangkan dengan jaminan standard selama tiga tahun tanpa had perbatuan serta pakej Maserati Premium Service Plus untuk tiga tahun atau 60,000 km.

Previous post

Inilah Caranya Kereta Disediakan Untuk Dipamerkan Di Autoshow

Next post

Litar Antarabangsa Sepang Terima Pensijilan ISO 20121:2012

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *