McLaren Super Series Baru Diberi Jantung Dwi-Turbo
Geneva Motor Show yang akan berlangsung pada Mac nanti bakal menyaksikan kemunculan McLaren Super Series generasi kedua. Setakat ini, kita tahu yang model tersebut menggunakan tab gentian karbin baru di samping teknologi-teknologi seperti kawalan casis aktif dan rekaan yang lebih aerodinamik. Bagaimana pula dengan enjinnya?
Menurut McLaren, model Super Series terbaru ini menampilkan enjin dwi-turbo 4.0-liter V8. Tanpa mendedahkan jumlah kuasa dan tork, McLaren mengesahkan yang rekaan terbarunya mampu memecut dari 0 – 200 km/j dalam 7.8 saat. Pecutan suku batu pula dihabiskan dalam 10.3 saat.
Unit yang dikenali dengan kod M840T itu dilengkapi dengan pengecas turbo twin-scroll rendah inersia yang mampu mengurangkan turbo lag sekaligus mempercepatkan respon pendikit.
Prestasi tinggi yang terhasil ditemani dengan bunyi enjin penuh karakter mengikut kelajuan dan rpm. Sistem ekzos sport juga ditawarkan sebagai pilihan untuk mereka yang ingin ngauman yang lebih kuat. Bay enjinnya juga dilengkapi dengan pencahayaan berwarna merah untuk efek yang lebih dramatik.
No Comment