Mercedes-Maybach G650 4×4² Landaulet
Ini merupakan Mercedes-Maybach G650 4×4² Landaulet, versi terakhir G-Class sebelum ia memberi laluan kepada model generasi baru. Dilancarkan pada tahun 1979, SUV gergasi yang juga dikenali sebagai G-Wagen itu merupakan salah satu produk yang paling lama berada dalam barisan produksi Mercedes-Benz.
Gambar serta video model terbaru ini telah dimuatnaik ke Internet baru-baru ini, lebih awal dari kemunculan rasminya di Geneva Motor Show pada bulan Mac nanti.
Model ini dijangka menggunakan khidmat enjin 6.0 liter twin-turbo V12 yang menghasilkan lebih dari 600 hp dan 999 Nm tork, serta kotak gear automatik 7 kelajuan. Enjin tersebut turut digunakan dalam Mercedes-Maybach S650.
Dari segi penampilan, G650 4×4² Landaulet sudah pastinya menampilkan pelbagai ciri-ciri mewah seperti model-model Maybach yang lain namun yang paling menonjol adalah bumbung belakangnya yang boleh dibuka.
No Comment