Minyak, Tayar, Bateri, Penyelenggaraan Meningkat … Dan Trafik Semakin Teruk
Ya, harga bahan api baru sahaja meningkat dan tidak lama lagi harga bateri kereta, tayar kereta dan juga penyelenggaraan kereta akan naik (kos kadar pertukaran dan kos pengangkutan yang lebih tinggi) dan peningkatan dalam kesesakan lalu lintas di bandar kita memburukkan lagi keadaan.
Ya, pengangkutan awam bertambah baik denagn cepat tetapi tapak kerja terbiar di sekitar bandar besar yang menyebabkan kesesakan lalu lintas hari demi hari dan banyak kawasan kerja ini kami rasa telah dilupakan oleh jurutera majlis perbandaran dan kontraktor mereka.
Tapak kerja di persimpangan jalan yang paling sibuk ini telah terbiar selama beberapa bulan dimana kerja-kerja dimulakan lebih daripada satu tahun dahulu.
Tapak kerja di atas ini pula telah terbiar selama lebih daripada 6 bulan dan terdapat banyak lagi seperti ini di sekitar kawasan ini.
Tapak kerja yang terbiar menyebabkan kesesakan lalu lintas, sampah dari tapak kerja terbiar menusuk tayar kereta dan apabila ada kontraktor yang menampal beberapa tapak-tapak kerja ini ianya dilakukan bagaikan sia-sia saja, seolah-olah kerja yang dilakukan adalah oleh yang amatur yang meninggalkan lubang-lubang kecil dan serpihan lebih di jalan raya untuk tayar kereta kami dicincang.
Sampai bilakah ianya harus begini?
No Comment