Berita Auto

NanoFlowcell Quant 40V Akan Muncul di Geneva Motor Show

NanoFlowcell bakal menjadi pengeluar pertama yang menggunakan bateri dengan cecair elektrolit dengan pelancaran model Quant 40V di Geneva Motor Show pada bulan Mac nanti.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut syarikat yang berpangkalan di Liechtenstein itu, Quant 40V mendapat manfaat dari cecair elektrolit yang dipanggail ‘bi-ION’ yang dibangunkan oleh NanoFlowcell Research. Bahan itu dikatakan bukan toksik, tidak mudah terbakar dan serasi dengan alam sekitar.

Apa yang lebih menarik, kos cecair itu dikatakan kurang dari 10 sen setiap liter pada skala industri.

Dengan 760 hp dan sistem pacuan semua roda, Quant 40V mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 2.4 saat, dengan kelajuan maksimum 300 km/j. Kereta canggih ini mempunyai tangki sebesar 151 liter yang membolehkannya dipandu sejauh 1,000 km.

Nantikan pengumuman spesifikasi lengkap serta harga dalam masa beberapa minggu ini.

Previous post

Konsep Aston Martin RR Hanya Impian

Next post

Anda Kini Boleh Membeli Range Rover Klassic 3-Pintu 1978 Yang Dipulihkan Kilang Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *