Berita Auto

Polo Storico Pulihkan Semula Lamborghini 350 GT

Polo Storico merupakan satu cabang Lamborghini yang bertanggungjawab memulihkan kenderaan-kenderaan bersejarah jenama itu. Hasil kerja terbaru syarikat itu merupakan sebuah Lamborghini 350 GT yang akan dipertunjukkan di Retromobile Show di Paris pada bulan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kereta bernombor casis 0121 ini sangat istimewa kerana ia adalah salah satu daripada 15 unit pertama yang dihasilkan oleh Lamborghini, dan ia juga 350 GT pertama yang dipulihkan oleh Polo Storico.

462236

Kerja pemulihan luaran dan dalaman mengambil masa selama 1,150 jam, manakala pemeriksaan fungsi mekanikal serta elektrikal memakan masa selama 780 jam. Dengan bantuan pembekal alat ganti serta lukisan teknikal, kereta itu berjaya dipulihkan dengan menggunakan alat-alat ganti asal yang mana sesetengahnya dibuat khas.

462235

Menurut Polo Storico, sistem penyejukan enjin, brek serta bahan api turut diberi perhatian bagi memastikan keselamatan dan keaslian 350 GT tersebut. Kereta itu juga telah diuji di litar, di mana ia terbukti mampu bertahan dalam keadaan pemanduan agresif.

462237

Rupa luaran 350 GT dikekalkan sebaik mungkin dengan teknik dan formula cat yang asal, serta rim 15 inci yang dibekalkan oleh Ruote Borrani dari Milan yang dibalut tayar Pirelli Cinturato 205. Bahagian kabinnya pula menampilkan stereng kayu, pedal minyak, brek dan klac asli yang dipulihkan semula, serta radio asal yang masih berfungsi dari 1964 hingga kini.

 

Previous post

Mercedes-Benz E 300 AMG Line Kini di Malaysia

Next post

5 Model Kilang Porsche Yang Maha Jarang Dalam Satu Video

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *