Prodrive Umum Bangunkan Renault Megane RX
Guerlain Chicherit, atlet Monster Energy telah mengumumkan kerjasama dengan salah satu nama terbesar dalam sukan bermotor iaitu Prodrive untuk membangunkan jentera rallycross yang akan digunakan di kejohanan World Rallycross Championship (World RX) musim 2018.
Pemandu dari Perancis itu yang juga bekas juara ski dunia dan peserta rali Dakar bukanlah nama asing dalam World Rallycross dengan penyertaan sejak 2015. Namun bagi musim 2018, Chicherit telah mewujudkan pasukannya sendiri yang dikenali sebagai GCK.
Menurut Prodrive, jentera yang berasaskan Renault Megane IV akan diubah suai secara keseluruhan berdasarkan peraturan-peraturan terkini World RX. Kerja-kerja pengubahsuaian, termasuk pembina enjin 2.0-liter turbo khas, akan dilakukan di ibu pejabatnya di Banbury, UK.
Jentera tersebut yang akan dikenali dengan nama Megane RX akan ditayangkan di pada bulan September tahun ini di Lohéac, Perancis. Chicherit akan mula menguji jentara terbarunya itu sepanjang musim luruh ini sebagai persediaan bagi menghadapi musim 2018.
No Comment