Motosikal / Skuter / Roda

Shell Advance Lancar Barisan Lengkap Minyak Pelincir Skuter

Shell Advance telah melancarkan barisan produk pelincir yang diformulasi khusus untuk skuter. Ia merangkumi minyak sintetik sepenuhnya iaitu Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan teknologi PurePlus 5W-40, Shell Advance 4T AX Scooter 7 10W-40 dan juga minyak gear skuter Shell Advance.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Barisan produk terbaru ini diperkenalkan hari ini oleh pelumba MotoGP yang mewakili Ducati iaitu Andrea Dovizioso. Ia menyertai minyak AX 5 Scooter 15W-40 yang telah berada di pasaran sejak 2014.

Dengan teknologi PurePlus dan Active Cleansing, minyak ini mampu membersihkan enjin 33 peratus lebih baik dan mengekalkan kestabilan oksida 43 peratus lebih lama berbanding minyak biasa. Ia juga mengekalkan kelikatan 42 peratus lebih lama daripada had API.

????????

Berikut adalah harga runcit yang disyorkan termasuk GST bagi minyak skuter Shell Advance:

  • Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan teknologi PurePlus 5W-40 – Sintetik sepenuhnya (1 liter) – RM68.30
  • Shell Advance 4T AX 7 Scooter 10W-40 – Teknologi sintetik (1 liter) – RM32.50
  • Shell Advance 4T AX 5 Scooter 15W-40 (0.8 liter) – RM22.52
  • Minyak gear skuter Shell Advance (0.12 liter) – RM12.00

Sementara itu, Shell Advance juga merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan penukaran minyak ekspres (Shell Advance MotoCare Express, SAMCE) bagi motosikal 250 cc ke bawah di stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara.

SAMCE telah dipra-uji pada MotoGP Shell Malaysia 2016 dengan kejayaan yang memberangsangkan. Inisiatif permulaannya diuji semasa musim perayaan Tahun Baru Cina di 12 stesen minyak Shell di Lembah Klang, wilayah Utara, Selatan serta Pantai Timur.

Previous post

Range Rover Velar Untuk menyaingi X4, GLC Dan Macan

Next post

Tesla Motors Sekarang Dikenali Sebagai 'Tesla'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *