Shell Malaysia Lancar Minyak ‘Anti Penuaan’ Untuk Kenderaan Dengan Perbatuan Tinggi
Bagi pemilik kenderaan dengan jarak perbatuan yang tinggi, kini terdapat minyak enjin khusus Shell Helix yang dapat membantu melawan kesan penuaan.
Minyak enjin Shell Helix High Mileage 15W-50 synthetic technology multi-fuel baru ini dirumus khas dengan Teknologi Flexi Molecule untuk menawarkan perlindungan khusus kepada enjin, terutamanya enjin kenderaan dengan bacaan odometer melebihi 100,000 km.
Shell Helix High Mileage menawarkan perlindungan dari kehausan sehingga 40% lebih baik untuk membantu memanjangkan jangka hayat enjin. Teknologi Active Cleansing juga dapat menjadikan enjin lebih bersih sekaligus memberikan prestasi yang lebih baik dengan mengelakkan pengumpulan enap cemar dan endapan lain yang boleh membawa kerosakan. Secara purata, ia terbukti dapat membantu menyingkirkan enap cemar sehingga 34% pada penukaran minyak yang pertama.
Formulasi Shell Helix High Mileage yang lebih pekat membantu mengelakkan kebocoran minyak daripada kedap dan gasket yang sudah lama; dan komponen yang telah haus. Minyak tersebut juga mempunyai kadar kehilangan akibat sejatan yang rendah untuk mengurangkan penggunaan minyak dan kestabilan pengoksidaan yang hebat untuk mengelakkan penuaan minyak dan pembakaran.
Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter Shell Helix High Mileage baru ialah RM148 bagi Semenanjung Malaysia dan RM150 bagi Sabah dan Sarawak. Satu pek 1 liter dijual pada harga RM40 di Semenanjung Malaysia dan RM41 di Sabah dan Sarawak.
Sempena pelancaran tersebut, pemilik kereta yang memilih untuk menggunakan produk terbaru itu bagi servis penukaran minyak di bengkel-bengkel yang mengambil bahagian akan dapat menikmati potongan harga sebanyak RM25 bagi setiap pek 4 liter daripada jumlah invois. Promosi ini sah dari 15 Mac hingga 15 Mei 2017.
Pemandu yang diberi peluang untuk mencuba Shell Helix High Mileage baru-baru ini mendapati bahawa hasilnya adalah memberangsangkan.
“Ia menjadikan kereta saya lebih lancar.”
– Agilan Elan Ponnusamy, Mercedes Benz E200 Stationwagon keluaran tahun 1992, 323,000 km
“Perbezaannya begitu ketara sekali selepas memandu sejauh 300 km menggunakan minyak baru ini. Bunyi enjin lebih padat semasa pemelahuan dan kurang teragak-agak semasa pecutan. Ia juga nampaknya berjalan pada suhu yang lebih rendah.”
– Daniel Fernandez, Volkswagen Golf GTi Mk 1 Cabriolet keluaran 1979, 135,000 km
“Saya memperolehi jarak perbatuan yang lebih dan penggunaan bahan api yang lebih rendah dengan Shell Helix High Mileage.”
– Dexter Raj, Honda City Vtec tahun 2007, 112,000 km
“Pada awalnya saya ragu-ragu tetapi setelah menggunakan minyak ini, kebocoran minyak telah berkurangan dengan begitu ketara dan saya tidak lagi perlu menambah minyak enjin!”
— Salihin Rahim, Perodua Kancil 850 EX tahun 2001, 220,000 km
“Bunyi enjin telah berkurangan dan kini saya mengalami perbatuan yang lebih baik.”
— Zhiji Ng, Toyota Camry 2.2 tahun 1996, 378,000 km
Untuk maklumat lanjut mengenai barisan minyak motor Shell Helix terkini yang dihasilkan khusus untuk kereta yang mempunyai jarak perbatuan yang tinggi, sila layari www.shell.com.my/fightsageing.
No Comment