Berita Auto

Toyota Lancar Hilux 2.4G Limited Edition

UMW Toyota Motor memulakan tahun 2017 dengan pelancaran Hilux 2.4G AT Limited Edition. Kini dibuka untuk tempahan dengan harga RM126,000, varian ini tampil dengan imej lasak dengan adanya aksesori tulen Toyota.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbanding dengan varian biasa, model edisi terhad ini menyerlah dengan kemasan berwarna hitam yang dikenakan pada gril depan, jalur badan, cermin sisi dan bumbung. Sementara itu, hiasan pada lampu depan dan belakang, bonet serta rim didatangkan dalam warna kelabu gelap.

Hilux LE Grill

Varian ini juga dilengkapi dengan pelindung bampar depan, hiasan bumbung serta over-fender untuk penampilan yang lebih rugged. Tiang tengah dihiasi dengan kemasan gentian karbon bagi mewujudkan gambaran visual kabin yang lebih luas.

Menurut Toyota, kesemua aksesori tersebut dipasang di pusat aksesori syarikat itu sendiri. Ia telah melepasi ujian standard Toyota yang tinggi, dan dilindungi oleh waranti terhadap kerosakan pengeluaran.

Hilux LE Roof Top

Sama seperti varian Hilux 2.4G, model ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.4-liter dengan jumlah kuasa sebanyak 150 PS pada 3,400 rpm dan 400 Nm antara 1,600 dan 2,000 rpm. Kuasa disalurkan ke roda melalui transmisi automatik enam kelajuan yang dilengkapi dengan teknologi Super ECT dengan Deceleration Downshift Control.

Hilux 2.4G Limited Edition didatangkan dengan waranti selama 5 tahun atau 150,000 km, yang boleh dipinda kepada pemilik seterusnya jika ia masih sah pada masa pertukaran pemilikan.

Hilux LE Rear Lamp

Selain dari model edisi terhad ini, UMW Toyota juga memperkenalkan Hilux 2.4G STD baharu (varian automatik dan manual) yang didatangkan dengan harga lebih rendah bermula dari RM108,500.

Previous post

Produksi Ford Bronco Disahkan Pada 2017

Next post

Pagani Huayra Roadster Hanya Untuk Insan Terpilih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *