Toyota Masih Teratas Disenarai Majalah Fortune
Toyota Motor Corporation baru sahaja menerima gelaran ‘Syarikat Kereta Paling Dikagumi’ di Dunia.
Untuk 3 tahun berturut-turut pengeluar kereta Jepun ini menduduki tempat teratas syarikat automotif disenarai “Syarikat Paling Dikagumi Dunia” Fortune.
Toyota mendahului pesaing – BMW, Honda, Daimler, Ford dan Renault. Walau bagaimana pun BMW berjaya didepan Toyota dalam senarai Top 50 jenama ‘All-Star’ Fortune. BMW di tangga ke-21 dan Toyota meraih tempat ke-34 dalam senarai yang dikuasai oleh gergasi teknologi, Apple.
No Comment