Toyota Prius Hibrid Plug-in Dilancarkan di Jepun
Toyota Motor Corporation mengumumkan pelancaran Prius PHV direka semula di Jepun, dan jualan akan bermula disemua pengedar Toyota, Toyopet, Toyota Corolla dan Netz di seluruh negara dari 15 Februari.
Toyota telah berusaha untuk memperkukuhkan barisan produknya dengan ketara dan sedang meletakkan kenderaan plug-in hibrid (PHVs) sebagai tunggak kenderaan alam sekitar generasi akan datang selepas kenderaan hibrid (HVS).
Semasa pemanduan jarak pendek, seperti perjalanan berulang-alik dan membeli-belah harian, hibrid plug-in beroperasi sebagai kenderaan elektrik (EV) dan tidak menggunakan petrol. Pada masa yang sama, ia boleh dipandu pada jarak yang jauh sebagai kenderaan hibrid (HV) walaupun selepas caj bateri habis.
Pada Januari 2012, Toyota telah melancarkan Prius PHV dengan matlamat untuk mempromosikan kenderaan elektrik. Setakat ini, jualan Prius PHV telah berjumlah kira-kira 22,000 unit di Jepun, dan kira-kira 75,000 unit di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Eropah.
No Comment