VIDEO: Hyundai Accent 2018 Bakal Muncul Tidak Lama Lagi
Hyundai bakal memperkenalkan Accent model 2018 di Canadian International Auto Show di Toronto dalam masa kurang seminggu dari sekarang.
Walaupun masih belum didedahkan sepenuhnya, foto serta video teaser yang menunjukkan kelibat sedan itu cukup bagi menggambarkan keseluruhan rupa model tersebut.
Seperti Ioniq yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini, Accent juga menampilkan gril melata (cascading) serta rekaan lampu depan terkini dengan lampu nyalaan siang berbentuk L. Ia juga menampilkan garis sisi yang bersambung dengan lampu belakang yang menyerupai model Elantra terkini.
Banyak maklumat yang masih belum didedahkan, termasuk enjin dan tranmisi yang akan digunakan. Model Accent sedia ada menggunakan khidmat enjin 1.6 liter dengan 137 hp.
No Comment