Mahu Bayar RM120 Ribu Untuk Toyota C-HR Apabila Ianya Tiba Awal Tahun Depan?
Toyota C-HR, yang bermaksud “Coupe – High Rider” membentangkan lonjakan ke hadapan dalam reka bentuk, pembuatan dan kejuruteraan untuk Toyota.
Jadi, enjin apakah yang anda harapkan di bawah hood C-HR apabila ia dilancarkan di Malaysia?
Bagi wilayah ini, jangkaannya ialah enjin 1.8 liter petrol-elektrik hibrid untuk insentif cukai EEV amat diperlukan dan kandungan pemasangan tempatan serta kegunaan tinggi alat-alat ganti UMW Toyota untuk memastikan harga RM120,000.00 yang menggalakkan boleh di tepati.
Terdapat juga sebuah C-HR yang dilengkapi dengan enjin petrol turbo 1.2 liter dengan 114hp dan 145Nm tork, namun ini lebih untuk pasaran Eropah tetapi untuk kita di Malaysia akan merasa sukar untuk menerima enjin 1.2 liter walaupun ia mempunyai kuasa yang cukup untuk mendaki Genting (destinasi pilihan apabila ujian memandu walaupun ramai rakyat Malaysia tidak pernah memandu kereta mereka ke atas bukit ini).
Spesifikasi Toyota C-HR Hibrid
Enjin: 4-cylinder,
kapasiti: 1798cc, enjin petrol + motor letrik motor
Kuasa: 120bhp
Tork: 105lb ft
Gearbox: e-CVT
0-100km/h: 11.0sec
Top speed: 186km/h
Berat: 1420kg
No Comment