Berita Auto

Auto Bavaria Taja Kenderaan Sempena Forum UNESCO 2017

Auto Bavaria telah mengumumkan penajaannya dalam Forum Pengurusan Transformasi Sosial (MOST) untuk rantau Asia Pasifik yang pertama pada tahun 2017. Acara tersebut bakal berlangsung mulai 14 hingga 23 Mac di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dianjurkan bersama oleh Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah program Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), forum tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

MOST merupakan program sains transformasi sosial di antara kerajaan kelolaan UNESCO yang diadakan dengan matlamat mengukuhkan aspek penyebaran maklumat dalam kalangan negara ahli. Program itu menggalakkan pendekatan melibatkan kajian-kajian menerusi dialog yang mapan di antara para penyelidik dan pembuat polisi.

Program itu bekerjasama dengan kerajaan, komuniti sosial, sains kemanusiaan serta masyarakat sivil untuk menambah baik hubungan di antara pengetahuan dan tindakan yang menjadi kunci terhadap perubahan sosial yang positif.

Forum di Malaysia itu dijangka menjadi lokasi perjumpaan penting dalam kalangan lebih 150 orang peserta dari 75 buah negara. Mereka terdiri daripada para pemimpin kerajaan, komuniti sains kemanusiaan dan masyarakat sivil.

BMW 02 (1)

Dengan tema “Membina Masyarakat yang Menyeluruh di Asia Pasifik”, forum tersebut akan memberi fokus kepada topik-topik melibatkan aspek peningkatan usia, wanita, inovasi sosial dan banyak lagi.

Selaku rakan kenderaan rasmi forum ini, Auto Bavaria menyokong acara tresebut melalui 50 buah kenderaan BMW yang akan digunakan oleh orang-orang kenamaan dari luar negara.

Berucap pada majlis pengumuman rasmi berkenaan, Pengarah Urusan Sime Darby Motors Malaysia, Dennis Ho berkata, “Sebagai kumpulan pengedar sah BMW paling besar di negara ini, kami berbangga dan teruja kerana diberi peluang untuk menjadi rakan rasmi automotif bagi Forum MOST 2017 yang memberi perhatian terhadap aspek Perubahan Sosial.”

Majlis penyerahan diadakani di bilik pameran Auto Bavaria showroom di Jalan Tun Razak. Ia dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun; Pengarah Urusan Auto Bavaria, Jeffrey Gan dan Pengarah Hal Ehwal Korporat Sime Darby Motors Datuk Aishah Ahmad.

Ditubuhkan pada tahun 1988, Auto Bavaria, satu divisyen di bawah Sime Darby Auto Bavaria merupakan organisasi jualan dan servis paling besar untuk kenderaan BMW dan Motorrad di Malaysia. Rangkaian Auto Bavaria di seluruh negara melibatkan lima cawangan di Glenmarie, Sungai Besi, Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru.

Previous post

Audi Tayang 6 Model di Geneva Motor Show

Next post

Porsche 911 GT3 Buat Kemunculan Pertama di Geneva

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *