Breukers, Jefferies Menang Lagi di Lamborghini Super Trofeo Middle East Dubai
Dengan kejayaan keempat berturut-turut di Lamborghini Super Trofeo Middle East, Rik Breukers dan Axcil Jefferies telah berjaya mempertahankan kedudukan mereka pendahulu kejohanan, sementara menunggu Race 2 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mac.
Pasangan pemandu kelas PRO dari tim GDL Racing bermula cemerlang pada pagi perlumbaan dengan kedudukan pole pada kedua-dua sesi kelayakan di Dubai Autodrome.
Pada awal perlumbaan, Breukers diasak oleh Armaan Ebrahim, pelumba protagonis dari India yang berlumba buat pertama kali mewakili Dilango Racing dari Dubai. Dengan pemanduan pantas (beliau satu-satunya pemandu dengan catatan masa bawah 1’59”), Breukers berjaya mengekang cabaran sebelum menyerahkan tugasan memandu kepada Jefferies.
Jentera #15 yang dipandu Schreiner Carrie dan Richard Goddard dari FFF Racing Team juga beraksi cemerlang apabila berjaya menghabiskan perlumbaan pada kedudukan kedua selepas bermula di petak kesebelas. Di tempat ketiga pula Jack Bartholomew dan pemandu baru, Devon Modell yang memandu jentera Lamborghini #5.
Dalam kategori PRO-AM, pasangan Konrad Motorsport iaitu Hendrik Still dan Paul Scheuschner mendapat tempat pertama, diikuti oleh Costantino Bertuzzi dan Nigel Farmer dari GDL Racing di tempat kedua dan Ebrahim dan Malagamuwa dari Dilango Racing di tempat ketiga.
Kategori AM pula menyaksikan Andrew Haryanto (jentera #71, GDL Racing) dinobatkan juara sekaligus meluaskan jurang antara pencabar Antonelli/Roda dengan beza 17 mata.
No Comment