Berita Auto

Goodyear Perkenal Tayar Konsep Untuk Kereta Konsep Toyota i-TRIL

Goodyear telah memperkenalkan tayar konsep terbarunya, CityCube, yang direka khas untuk kereta konsep Toyota i-TRIL yang dilancarkan di Geneva Motor Show baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan teknologi sensor canggih dan reka bentuk bunga unik, CityCube boleh mengenal pasti pelbagai jenis permukaan jalan seterusnya menghantar data yang terkumpul kepada sistem pencegahan perlanggaran yang terdapat pada kereta.

Goodyear CityCube_Front Tire_01

Oleh sebab roda hadapan i-TRIL boleh dicondongkan, para pereka Goodyear mengambil inisiatif untuk menggunakan rekaan tayar motosikal dengan bentuk kontur yang unik. Tayar hadapan berbentuk langsing dan mempunyai rekaan simetri yang mampu meningkatkan keselamatan serta menyingkirkan air untuk lebih cengkaman.

Tayar belakang pula menampilkan rekaan asimetrik dengan bahagian dalam yang lebih pejal untuk kestabilan ketika mengambil selekoh. Goodyear juga memperkenalkan tekstur hologram dengan sisi tayar berwarna untuk penampilan yang menarik dan lebih premium.

Goodyear CityCube_Rear Tire_01

CityCube juga direka supaya lebih ringan dan rendah rintangan golek bagi memenuhi keperluan kenderaan elektrik pada masa hadapan. Selain itu, jumlah alur tayar yang rendah bukan sahaja mengurangkan bunyi bising, malah memberi lebih perbatuan.

Previous post

Jazeman Jaafar Sertai Akademi Pelumba McLaren GT

Next post

Jaguar F-PACE Dapat Sentuhan Mewah Dari Hamann

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *