Motosikal / Skuter / Roda

Honda 150SS Racer Buat Kemunculan di Bangkok

Tidak dinafikan, CR-V dan Civic Hatchback baru adalah tarikan utama Honda di Bangkok International Motor Show 2017, namun motosikal konsep 150SS Racer yang ditayangkan ini turut berjaya mencuri tumpuan para pengunjung.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sama seperrti Grom (atau MSX125), 150SS Racer adalah motosikal bersaiz kompak yang didatangkan dalam bentuk cafe racer. Berbanding model Grom, motosikal konsep ini tampil dengan gabungan unsur-unsur moden dan tradisional. Sebagai contoh, lampu bulat hadapannya direka mengikut siri CB jenama itu.

Tiada spesifikasi teknikal yang diberikan, namun nama yang diguna mungkin merujuk kepada enjin 150 cc silinder tunggal yang diambil dari model Grom atau CBR150R yang dijual di Thailand. Menurut Honda, 150SS Racer direka oleh pasukan R&D Honda Thailand di bawah konsep ‘Street Sport Racing’ yang diinspirasikan oleh gaya kontemporari cafe racer moden.

Sama ada ia akan dibangunkan untuk produksi juga tidak diketahui. Kami merasakan yang motosikal ini akan kekal sebagai sebuah konsep.

 

Previous post

UMW Toyota Recall 42,000 Kenderaan Kerana Beg Udara

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles Serah Trak Fuso ke-300 kepada Biforst Logistics

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *