Honda Malaysia Rai Pemilik City ke-250,000
Honda Malaysia mencatat satu lagi peristiwa penting dalam sejarahnya dengan penyampaian City yang ke-250,000. Ia merupakan angka yang terkumpul sejak pelancaran model generasi kedua di negara ini pada tahun 2001.
Salah satu model Honda paling laris, City generasi kedua mencatat jumlah jualan sebanyak 61,000 unit sementara model generasi ketiga pula mencapai 84,000 unit. City generasi keempat merupakan model paling laris dengan angka jualan mencecah 100,000 unit dari Mac 2014 hingga Disember 2016.
Model generasi keempat versi facelift yang dilancarkan baru-baru ini juga tidak kurang hebatnya, dengan jumlah tempahan sebanyak 2,500 unit dalam masa kurang dua minggu dari tarikh pelancarannya.
Bagi meraikan pencapaian tersebut, Honda Malaysia telah menyerahkan baucar servis bernilai RM1,000, set lengkap cenderahati dan aksesori Honda yang merangkumi pakej Modulo, Urban dan Utility bernilai RM5,300 kepada pemilik City yang ke-250,000 iaitu Tan Kian Hui. Beliau memilih untuk mendapatkan City varian V berwarna Modern Steel Metallic dari Tiong Nam Motor (M) Sdn. Bhd.
No Comment