Ingat lagi Nissan Terrano? Mungkinkah Ia Akan Muncul Kembali?
Kali terakhir Nissan menjual Terrano 4 × 4 (gambar di bawah adalah Terrano tahun 1996) di Malaysia ialah yang dikuasai 2.4 liter petrol yang dipadankan dengan kotak gear manual sahaja dan ia adalah produk Nissan sepenuhnya.
Kini dengan pakatan Nissan bersama Renault dan pemilikan Dacia (kereta jenama Romanian yang dibeli oleh Renault pada tahun 1999) mereka, nampaknya ada sebuah Terrano yang lebih waras tersedia di beberapa pasaran.
Dacia mempunyai 4 × 4 yang hardcore dipanggil Duster dan terkini Nissan Terrano kelihatan sangat seperti Dacia Duster 4 × 4 SUV 2010 yang di bikin semula.
Sudah dijual dengan baik di India, Nissan Terrano ini datang dengan ciri-ciri SUV penuh dan luaran yang teguh.
Nissan di Malaysia perlu pertimbangkan untuk menjualnya disini kerana harga jualan dan pilihan enjin (1.5 diesel) membuatnya satu pesaing segmen yang layak.
Pilihan enjin bagi Nissan Terrano baharu bermula dengan Renault yang jimat dengan enjin 1.5-liter diesel 110PS kuasa dan 200Nm tork, manakala Renault yang besar berenjin 1.6 liter petrol 104PS kuasa dan 145Nm tork. Kedua-dua dimuatkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan atau 6-Speed Advanced Auto Drive atau lebih dikenali sebagai AMT.
Kita tunggu dan lihat jika Nissan di Malaysia akan mengorak langkah ke hadapan dengan SUV Terrano baru ini.
No Comment