Berita Auto

Jaguar I-Pace Diuji di Sekitar London

Kenderaan elektrik pertama Jaguar, I-Pace, telah diuji di atas jalan raya buat pertama kalinya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diperkenalkan pada tahun lalu, I-Pace memperlihatkan kebolehannya sebagai sebuah SUV elektrik dengan pemanduan di sekitar Olympic Park di London. Walaupun masih berada dalam peringkat konsep, Jaguar mensasarkan untuk melancarkan versi produksi pada akhir tahun ini dan kelibatnya boleh mula dilihat di atas jalan raya pada suku kedua tahun 2018.

jaguar-i-pace-55

“Anda boleh lihat nilai sebenar bentuk dramatik I-Pace di atas jalan raya, berbanding dengan kereta-kereta lain. Konsep I-Pace mewakili reka bentuk kenderaan elektrik generasi seterusnya. Bagi saya, masa depan permotoran telah tiba,” kata Ian Callum, pengarah reka bentuk Jaguar.

jaguar-i-pace-63

I-Pace mempunyai kuasa keseluruhan sebanyak 400 PS dan 700 Nm tork yang dibekalkan oleh motor elektrik kompak yang terletak pada gandar hadapan dan belakang. Ia juga dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda untuk pemanduan yang lebih meyakinkan tanpa mengira keadaan cuaca.

jaguar-i-pace-68

Dibangunkan khas untuk perjalanan jarak jauh, I-Pace mempunyai pek bateri lithium-ion berkapasiti 90kWh yang memberikan SUV itu kemampuan untuk memecut dari 0 – 96 km/j dalam masa lebih kurang empat saat, dengan jarak perjalanan lebih dari 500 km. Dengan menggunakan pengecas DC 50kW, I-Pace boleh dicas sehingga 80% dalam masa hanya 90 minit.

jaguar-i-pace-13

 

Previous post

Jouni Karhu Mulakan Saingan MSBK di Petak Pertama

Next post

Ingin Membeli Honda Tetapi Tidak Tahu Yang Mana Satu? Berikut Adalah Kesemua Senarai Harganya.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *