Berita Auto

Jazeman Jaafar Sertai Akademi Pelumba McLaren GT

Pelumba kelahiran Malaysia, Jazeman Jaafar akan menyertai Akademi Pelumba McLaren GT sebagai persiapan menghadapi Siri Ketahanan Blancpain tahun ini. Beliau akan memandu satu daripada empat jentera McLaren 650S GT3 Strakka Racing, di samping rakan sepasukan Akademi Pemandu dan Pemandu Kilang pengeluar kenderaan ikonik dari Britain itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jazeman kini memasuki musim penuh keduanya dalam perlumbaan kereta sport, selepas menamatkan saingan tahun lalu di tempat kedua bersama HTP Motorsport. Kepulangan Jazeman dalam siri itu bermula hari ini dengan sesi ujian rasmi di litar Paul Ricard di selatan Perancis.

Ini adalah kali kedua pelumba berusia 24 tahun itu memandu jentera 650S GT3, selepas sesi ujian tahun lalu di Valencia.

IMG_5051[1]

Siri Ketahanan Blancpain diadakan di lima litar Formula 1, bermula di Monza, Itali, kemudian ke Silverstone di UK. Pusingan seterusnya akan berlangsung di litar Paul Ricard, sebelum pasukan menuju ke Spa di Belgium untuk perlumbaan 24 jam. Ia diakhiri dengan pusingan di litar Catalunya di Barcelona, Sepanyol.

Kejohanan itu menampilkan tiga perlumbaan tiga jam, satu perlumbaan enam jam dan satu perlumbaan 24 jam. Setiap acara merangkumi dua sesi ujjian, tiga sesi kelayakan dan satu perlumbaan utama.

 

Previous post

Mofaz Buka Mercedes-Benz Autohaus di Kelantan dan Terengganu

Next post

Goodyear Perkenal Tayar Konsep Untuk Kereta Konsep Toyota i-TRIL

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *