Motosikal / Skuter / Roda

Kategori Baharu, Litar Selatan Jadi Tarikan Pusingan Pembukaan MSBK

Selepas tamatnya pusingan pembukaan Siri Kejohanan Malaysia (MCS) pada hujung minggu lalu, kini tiba masanya untuk pusingan 1 Kejohanan Superbike Malaysia Pirelli (MSBK) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MSBK tahun ini menampilkan Pirelli sebagai pembekal tayar rasmi untuk lima pusingan sebelum juara-juara keseluruhan dari pelbagai kategori – Superbike, 1000cc Superstock, 600cc Supersport, 250cc, Moto3-GP dan KTM RC – dinobat pada pusingan terakhir yang akan diadakan pada bulan November.

Kategori KTM RC yang baru diperkenalkan dibahagikan kepada tiga kelas iaitu Orange, Silver dan Bronze bagi memastikan persaingan yang adil di antara para peserta.

Kelas Orange yang menggunakan jentera RC 390 adalah terbuka kepada peserta berusia antara 14 hingga 22 tahun, manakala kelas Silver menggunakan jentera yang sama namun tidak mempunyai had umur. Terbuka kepada peserta terdiri daripada pelbagai usia, kelas Bronze pula menggunakan jentera RC250 dan RC200.

Bagi kejohanan MSBK edisi ketiga, Sepang akan menganjurkan pusingan pertama di South Track manakala pusingan keempat akan diadakan di Northern Track yang mempunyai lebih banyak selekoh. Pusingan kedua, ketiga dan terakhir akan menggunakan litar sepenuhnya.

Orang ramai boleh menyaksikan perlumbaan secara percuma dari Main Grandstand, namun mereka yang mahu berada lebih dekat boleh mendapatkan pas Paddock pada harga RM85. Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan pakej Paddock penuh yang membolehkan mereka menyaksikan perlumbaan MSBK, Sepang 1000KM Endurance serta Motul Sepang 12 Hours pada harga RM265.

 

Previous post

Volkswagen Mulakan Siri Jelajah Vento Turbocharged Tour

Next post

Decha Terpantas Ujian Pra-Musim ARRC

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *