Berita Auto

KIA Grand Carnival 2.2D KX Hanya RM165,888 Dan di Bilik Pameran Sekarang

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, telah melancarkan Grand Carnival  hari ini.

KIA Grand Carnival semua baharu , dengan wajah yang berani, menarik dan dikenali kini kelihatan lebih licik, berukuran 5115 mm panjang, jarak roda yang lebih panjang 3060 mm, ketinggian 1740 mm dan 1985 mm lebar memberikan penampilan yang lebih luas menggambarkan profil yang lebih halus dan canggih.

Ia juga mempunyai pintu belakang pintar yang dibuka secara automatik apabila kunci berdekatan dan dua pintu-gelongsor berkuasa  yang dibuka dengan sentuhan butang.

Penampilan dalaman Grand Carnival semua baharu ini direka bentuk dengan pengaruh kelas pertama kapal terbang.

Sistem hiburan multimedia yang pelbagai siap dengan pemain MP3 CD dengan enam pembesar suara, sambungan USB dan AUX. Ia juga dilengkapi dengan 4.3 inci TFT LCD skrin-sentuh, paparan warna dan dilengkapi dengan kamera pandang belakang. Untuk bantuan letak kereta, ia mempunyai sensor depan dan belakang.

Yang paling ketara tentang Grand Carnival ini ialah keluasan ruangnya yang tiada tandingan.

Enjin? boleh didapati dengan 2.2 liter CRDi diesel turbocharged. Ia juga dilengkapi dengan transmisi otomatik tork converter six-speed untuk kuasa dan pemanduan yang lancar. Enjin 2.2 liter CRDi menghasilkan 190 kuasa kuda dengan 440 Nm tork.

Harga on-the-road dengan insuran untuk Grand Carnival 2.2D EX  semua baharu adalah RM185,888. Grand Carnival 2.2D KX semua baharu adalah RM165,888.

Naza Kia Malaysia juga telah memperkenalkan pakej pembiayaan pintar baru, Kia Nilai 5 Plus yang memastikan lebih simpanan untuk pemilik Kia. Ini adalah satu pilihan tambahan untuk pelanggan untuk mengambil kesempatan daripada manfaat yang datang dengan pembiayaan pintar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Toyota C-HR: Harga Dan Bila Tiba ke Malaysia?

Next post

Mahu Bayar RM120 Ribu Untuk Toyota C-HR Apabila Ianya Tiba Awal Tahun Depan?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *